INSURANCE LAW

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada prinsip-prinsip asas serta doktrin penting yang terpakai dalam kontrak insurans. Antaranya ialah doktrin kepentingan boleh insurans (insurable interest), doktrin subrogasi dan sumbangan (subrogation and contribution) dan doktrin utmost good faith yang menuntut kejujuran dalam  kewajipan pendedahan (duty of disclosure).  Perkara lain yang turut disentuh dalam kursus ini adalah berkaitan pembentukan kontrak, nota perlindungan dan polisi, syarat dan waranti, kerugian serta tuntutan insurans. Peranan dan tanggungjawab perantara insurans iaitu ejen dan broker akan turut dibincangkan. Fokus kursus ini adalah berkaitan undang-undang insurans konvensional. Namun, di akhir kursus, perbandingan secara umum dengan insurans Islam yang dikenali sebagai Al-Takaful  turut dibincangkan bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang perbezaan prinsip dan konsep, antara kedua-dua sistem  insurans ini.